Senin, 2009 Maret 30

SAMBUTAN MAULID SMK GETING 2009

SEBAHAGIAN PELAJAR MENGIKUTI PERARAKAN
SAMBUTAN MEMPERINGATI KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR
NABI MUHAMMAD SAW

SECARA TIDAK LANGSUNG PERARAKAN SEUMPAMA INI
DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGHAYATI PERISTIWA
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

PUTERA SMK GETING PENUH SEMANGAT MENGIKUTI
PERARAKAN MAULID


WARGA PENDIDIK SMK GETING TURUT BERSAMA PELAJAR
MENGIKUTI PERARAKAN SAMBUTAN TERSEBUT




Selasa, 2009 Maret 03

BOLA SEPAK MSSD TUMPAT 2009

SEBAHAGIAN AKSI BOLASEPAK MSSD
MELIBATKAN SMK GETING MENANG 2-0 KE ATAS SMK KG LAUT
PASUKAN BOLASEPAK BAWAH 18 SMK GETING BERGAMBAR KENANGAN
SETELAH MENJUARAI KUMPULAN B
DI SK POHON TANJUNG


AKSI BIASA SEBELUM 'BERPERANG/ DI PADANG

AKSI PASUKAN BAWAH 15 SMK GETING

PASUKAN BAWAH 15 KECUNDANG DI PERINGKAT KUMPULAN





BOLAJARING MSSD TUMPAT

SEBAHAGIAN AKSI BOLA JARING MSSD TUMPAT ANTARA
SMK GETING VS SMK WAKAF BHARU
SEBAHAGIAN JARINGAN YANG DIBUAT SMK GETING
UNTUK LAYAK KE SEPARUH AKHIR

KESUNGGUHAN PEMAIN SMK GETING JELAS KETARA
MESKI KECUNDANG DI PERINGKAT
SEPARUH AKHIR



BADMINTON MSSD TUMPAT 2009

JOHAN PERSEORANGAN DAN BERGU MSSD TUMPAT BAWAH 15
MOHD FAIZ BAHAMAN DAN MOHD AMIR SHEQAR BERSAMA UST MOHD RUF OTHMAN SEBAGAI JURULATIH
BEREGU LELAKI BAWAH 18 MENJADI NAIB JOHAN MSSD TUMPAT
TEWAS KEPADA PASANGAN SMKA FALAHIAH

SEBAHAGIAN AKSI PERSEORANGAN BAWAH 15
MOHD FAIZ BAHAMAN


SEBAHAGIAN AKSI PERSEORANGAN BAWAH 15
SMK GETING KECUNANG




KEJOHANAN PINGPONG MSSD TUMPAT 2009

KEJOHANAN PINGPONG MSSD TUMPAT 2009
DILANGSUNGKAN DI SK BERANGAN 1

PASUKAN PINGPONG SMK GETING TURUT MENGASMBIL BAHAGIAN
DIURUSKAN EN WEE CHUN GAN

MERENTAS DESA MSSD TUMPAT

KHEMAH RUMAH SUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

SEBAHAGIAN PESERTA LARIAN MERENTAS DESA
MSSD 2009


PARA PESERTA BERSIAP SEDIA UNTUK DILEPASKAN
SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MENGIKUT
KATEGORI

PESERTA PEREMPUAN BERSIAP SEDIA UNTUK DILEPASKAN

Senin, 2008 Oktober 27

SAMBUTAN AIDILFITRI WARGA ASRAMA SMK GETING

Selamat Menjamu Selera
Sempena Majlis Aidil fitri
Asrama SMK Geting
Tetamu luar dari Pusat Kesihatan Besar
Pengkalan Kubor turut diundang

Guru-guru menanti giliran menjamu selera
di Hari Bahagia Hari Raya



SAMBUTAN TIMBALAN PENGARAH JPN

Ketibaan Tuan Hj Ishak Haji Ismail
Timbalan Pengarah JPN Kelantan
disambut meriah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Pengkalan Chepa
Mendapat tahniah dari warga kerja
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
JPN


Menerima kalungan bunga dan tahniah
daripada PK HEM SMK Puteri



Sabtu, 2008 Oktober 18

ZOO TAIPING 2008

menikmati keindahan hijau dan alam haiwan



LAWATAN KE PULAU PINANG DAN PERAK 08


Bersantai di Tasik Bukit Merah bersama keluarga


Selasa, 2008 Juli 22

CHORAL SPEAKING NEGERI KELANTAN 2008

CHORAL SPEAKING SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI KELANTAN
TARIKH: 15 DAN 16 JULAI 2008
TEMPAT: SMK(A) TOK BACHOK, KELANTAN
SEBAHAGIAN PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
DISEMPURNAKAN YBRS EN ISHAK ISMAIL


Minggu, 2008 Juli 13

'ENGLISH IN CAMP' NEGERI KELANTAN 2008

TEMPAT
KEM KIJANG, PCB KOTA BHARU KELANTAN
TARIKH
29 JUN - 01 JULAI 2008
SESI PENDAFTARAN BERLANGSUNG CERIA
SALAH SATU AKTIVITI YANG DIJALANKAN
PERASMIAN PENUTUP DISEMPURNAKAN OLEH EN AHMAD RAZUKEE HAJI ZULKIFLI
PENYELIA KO AKADEMIK JPN KELANTAN MEWAKILI KETUA SEKTOR PEMGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JPN

PIDATO HASIL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2008

PIDATO HASIL LHDN DAN JPN 2008
TEMPAT
HOTEL NEW PASIFIC, KOTA BHARU
TARIKH
30 JUN 2008
SALAH SEORANG PESERTA PIDATO HASIL YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
PERSEMBAHAN SELINGAN
KUMPULAN PUISI DAN LAGU
MAKTAB SULTAN ISMAIL

JOHAN PIDATO HASIL 2008

PIDATO HASIL PERINGKAT NEGERI KELANTAN

WARNA WARNA ALAM




Jumat, 2008 Juli 04

PIDATO HASIL ZON 2 DI SMK TEDONG




SMK GETING SERI VS SMK TUMPAT




Rabu, 2008 Juli 02

HARI KOPERASI SEKOLAH SMK GETING 2008

HARI KOPERASI SEKOLAH SMK GETING 2008
TARIKH: 25 JUN 2008
TEMPAT: DATARAN MINDA
MASA: 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
ANTARA ACARA YANG DISEDIAKAN
1. GERAI JUALAN
2. PAMERAN AADK TUMPAT
3. KAUNTER BANK RAKYAT
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA PENG KUBOR
5. WAYANG KULIT SRI CAHAYA KG LAUT



Selasa, 2008 Juli 01

FORUM REMAJA DBP DAN JPN 2008



BERGAMBAR SEMPENA PERKAMPUNGAN BAHASA MELAYU DAN SASTERA 08


Selasa, 2008 Juni 10

PERKAMPUNGAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU SR NEGERI KELANTAN 2008
















PERKAMPUNGAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2008
TARIKH: 11 HINGGA 13 MEI 2008
TEMPAT; KEM KIJANG, PCB KOTA BHARU
PERASMIAN OLEH
TN HJ ISHAK HJ ISMAIL
KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, JPN KELANTAN


Kamis, 2008 Mei 22

KALAM PUJANGGA TIMUR BERSAMA SASTERAWAN NEGARA DI SMK GETING BERTARIKH 11 MEI 2008

Sasterawan Negara Prof Muhammad Hj Salleh



Rabu, 2008 April 23

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH NEGERI KELANTAN PADA 20 DAN 21 APRIL 2008






KURSUS STAF SMKG 08






DI PINGGIRAN ITU


merenung wajah kusam langit
sebenarnya belajar merenangi ilusi perih
sepasang kekasih menangis
di waktu dinihari
melewati pagi membungkam
harapan di pinggiran itu
anuar musa
sungai kelantan

Sabtu, 2008 April 19

BAHAS ALA PARLIMEN PPD PADA 16 DAN 17 APRIL 2008




Selasa, 2008 April 15

TERTINGGAL LAGI

tertanggal warna biru lusuh kenangan
dicelah sisipan angin basah April sedang senja
mengutip kuning sena menutup debu jalanan
ke laman rumah pertemuan
apabila kekuatan diri
tertinggal lagi
pada ilusi hati
sedang mati

anuar musa
cinta bourgainvillea

KEBENARAN ITU SAKIT


Rabu, 2008 April 09

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKG 08








Senin, 2008 April 07

MENERIMA KEBENARAN


adieputera
bersama
'Lukisan Zaman'
dalam Baca Puisi
di Pantai Geting
2007

KEKALAHAN III(BUAT S)

kebenaran tidak pernah kalah
oleh sesiapa dan kehebatan kuasa yang ada
kesepian sedang mengumpul kekuatan
kesunyian sedang menjalin kenangan
kerinduan sedang mendekatkan pengertian
ketika kekalahan membenihkan
jutaan virus kekuatan dalaman
yang pastinya meledakkan
erti kekuatan sejati

padang kemahkotaan tumpat
anuar musa

KEKALAHAN II

memerhati cermin kaca diri
adalah kekalahan yang tertunda
sejak usia mengenal kebenaran tersiat luka
pada sayap senja yang mengecil
mematikan seluruh warna kepada malam
kehitaman yang rakus berkuasa
pada malap lampu pengertian
menunggu siang


smk geting
anuar musa

Kamis, 2008 Maret 13

KEKALAHAN

sangat sakit ketika terlalu yakin
memugar tanah kemenangan
dan cukup bersedia menabur benih kebenaran
ke serata pelusuk kepercayaan
menghitung kesejahteraan
yang terlalu lama tak kunjung datang
namun sayangnya topeng-topeng hitam
menjadi dalang kehancuran
bermain di dalam selimut harapan
membunuh ketulusan
di sebalik wajah ketaksuban mendalam

anuar musa
09 mac 2008

KENANGAN TERINDAH...


Kamis, 2008 Maret 06

KEHIDUPAN.....


harapkan
semua insan
tahu makna
kebenaran
hidup...

LAGU OMBAK

LAGU OMBAK - ADIEPUTERA

Lagu ombak
adalah kerinduan yang singgah
bertanya khabar tentang sepi cinta
seorang manusia penyair
menimba makna kemanusiaan
dari pengertian getir
hakikat ketertewasan.

Lagu ombak
adalah alun perjalanan sebuah hidup
titipan kedewasaan yang membentuk
pencarian dan takdir
seorang manusia pelaut
mengupas mimpi seorang isteri
di jendela senja sedang tua.

Lagu ombak
adalah semin pengisian diri
mengenalkan warna ketabahan
dan belajar bertanya
siapakah yang mampu mendendangkan
lagu kedamaian dunia
ke pelusuk sejagat.


Pantai Sri Tujuh, Tumpat
9 November 1991

Pemenang kedua
Peraduan Menulis Puisi Pesisir 1993.

Kamis, 2008 Februari 07

BERMULA TANGGUNGJAWAB BARU



ABADI KENANGAN ITU...




Selasa, 2008 Januari 08

sebetulnya pengertian

menerima kebenaran yang sakit
mengajar makna kejujuran
berpengkalankan takdir dan suratan
dan menajamkan pena pengertian
ceritera kehidupan

adieputera

Senin, 2007 Desember 31

sajak penamat

sudah tiba di garisan penamat
tangan-tangan bertepuk
sorak gegak menyambut
setelah hampir tersungkur
dan jatuh
yang pastinya hakikat
dalam genggaman makrifat

pauh sebanjar
31 Disember 2007

Selasa, 2007 November 27

suara-suara kecil berkata

suara-suara kecil berkata
tentang rasa ketidakpuasan pada jagat raya
dengan harapan dapat menunda takdir
buat beberapa ketika sehingga hari cerah
membawa kembali matahari yang disapu awan tebal
mengongsi kebenaran separuh mati
ketika semuanya gusar
ketika semuanya menggelepar
mengerah kudrat yang tersisa


adieputera
air dingin

Senin, 2007 November 26

anuar musa


memanusiakan manusia adalah suatu tugas besar dan memerlukan tahap kesabaran tertinggi dan memahami
makna kejadian dan ciptaan
anuar musa
kaunselor

aimi amira anuar


kian mengerti kebesaran dan kebenaran kehidupan yang tidak semuanya mendapat kesempurnaan dan semakin membesar dalam terapi moral sastera yang hebat

amalin a'isyah anuar


anakanda yang sedang membesar dalam arus perdana terapi moral sastera bersama dunia siber yang berkuasa

Minggu, 2007 November 25

rumah terbuka ketua 2 PESISIR


bergambar kenangan sempena
pertemuan terbuka raya aidilfitri
bersama pengasas PESISIRdan kerabat warga
penulis tanahair

hasil karya terkini


Sabtu, 2007 November 24

KESAKITAN

adalah rahmat nikmat anugerah
kepada sesiapa yang terpilih
tanpa restu rela menerima
kebenaran kesal
sedangkan darinya gugur bunga-bunga syurga
mencuci kelabu karat kehidupan
setiap saat akur menerima
sebagai hamba kecil
mengucup takdir

pantai mahkota
tumpat

Jumat, 2007 November 23

KETAKUTAN

berpaling lagi ke belakang
ketika semua orang sudah sampai di hadapan
meninggalkan bekas sepatu pada pasir pantai
dan mengirim nafas lelah kepada desah angin tua
tersangkut kenangan
sepanjang pagar kayu kemboja berbunga merah
ketika daun mudanya luruh
lalu jatuh ke tanah
tidak bergerak
menunggu ketakutan menjenguk pulang


adieputera
pantai geting


adieputera

Kamis, 2007 November 22

kemahiran seni teranugerah

kemahiran seni yang dianugerahkan
adalah penghargaan besarNya
kepada kerdil insan
yang sedikitpun tidak terluak
dari maha besar kelebihan Pencipta

adieputera