Selasa, 27 November 2007

suara-suara kecil berkata

suara-suara kecil berkata
tentang rasa ketidakpuasan pada jagat raya
dengan harapan dapat menunda takdir
buat beberapa ketika sehingga hari cerah
membawa kembali matahari yang disapu awan tebal
mengongsi kebenaran separuh mati
ketika semuanya gusar
ketika semuanya menggelepar
mengerah kudrat yang tersisa


adieputera
air dingin

Senin, 26 November 2007

anuar musa


memanusiakan manusia adalah suatu tugas besar dan memerlukan tahap kesabaran tertinggi dan memahami
makna kejadian dan ciptaan
anuar musa
kaunselor

aimi amira anuar


kian mengerti kebesaran dan kebenaran kehidupan yang tidak semuanya mendapat kesempurnaan dan semakin membesar dalam terapi moral sastera yang hebat

amalin a'isyah anuar


anakanda yang sedang membesar dalam arus perdana terapi moral sastera bersama dunia siber yang berkuasa

Minggu, 25 November 2007

rumah terbuka ketua 2 PESISIR


bergambar kenangan sempena
pertemuan terbuka raya aidilfitri
bersama pengasas PESISIRdan kerabat warga
penulis tanahair

hasil karya terkini


Sabtu, 24 November 2007

KESAKITAN

adalah rahmat nikmat anugerah
kepada sesiapa yang terpilih
tanpa restu rela menerima
kebenaran kesal
sedangkan darinya gugur bunga-bunga syurga
mencuci kelabu karat kehidupan
setiap saat akur menerima
sebagai hamba kecil
mengucup takdir

pantai mahkota
tumpat

Jumat, 23 November 2007

KETAKUTAN

berpaling lagi ke belakang
ketika semua orang sudah sampai di hadapan
meninggalkan bekas sepatu pada pasir pantai
dan mengirim nafas lelah kepada desah angin tua
tersangkut kenangan
sepanjang pagar kayu kemboja berbunga merah
ketika daun mudanya luruh
lalu jatuh ke tanah
tidak bergerak
menunggu ketakutan menjenguk pulang


adieputera
pantai geting


adieputera

Kamis, 22 November 2007

kemahiran seni teranugerah

kemahiran seni yang dianugerahkan
adalah penghargaan besarNya
kepada kerdil insan
yang sedikitpun tidak terluak
dari maha besar kelebihan Pencipta

adieputera